Nak Semak Akaun Bisnes Dengan Cepat ? Mulakan Dengan Rekod Yang Teratur

Bila rekod bisnes tidak tersusun, urusan semak akaun boleh mengambil masa yang lama. Resit tersimpan di merata tempat, perbelanjaan tidak dicatat dan jumlah duit keluar masuk pula sukar untuk dikenal pasti.

Sebab itu, rekod yang teratur perlu dimulakan dari awal. Setiap jualan, pembelian stok, kos penghantaran dan perbelanjaan harian perlu direkodkan supaya anda tidak perlu mengingati semuanya apabila tiba masa untuk semak akaun.

𝐃𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐫𝐞𝐤𝐨𝐝 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐞𝐦𝐚𝐬, 𝐚𝐧𝐝𝐚 𝐛𝐨𝐥𝐞𝐡:

👉 Cari resit atau rekod pembelian dengan lebih cepat
👉 Semak jumlah perbelanjaan bisnes dengan mudah
👉 Kenal pasti duit banyak digunakan untuk apa
👉 Pantau aliran tunai semasa
👉 Lihat anggaran untung atau rugi dengan lebih jelas

TempahTrack membantu peniaga menyimpan gambar resit, merekodkan transaksi dan menyusun maklumat bisnes dalam satu sistem. Jadi, bila perlu semak akaun, semuanya sudah tersedia dan lebih mudah untuk dirujuk.