Kedai Ada Cawangan ? Mudah Semak Rekod Setiap Cawangan

Bila kedai sudah ada lebih daripada satu cawangan, urusan rekod biasanya menjadi lebih mencabar. Resit daripada setiap cawangan perlu dikumpulkan, pembelian perlu disemak dan owner pula perlu tahu apa yang berlaku di setiap tempat.

Jika rekod masih disimpan secara berasingan atau resit hanya dikumpulkan pada hujung bulan, banyak perkara boleh terlepas pandang. 𝐀𝐝𝐚 𝐫𝐞𝐬𝐢𝐭 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐡𝐢𝐥𝐚𝐧𝐠, 𝐚𝐝𝐚 𝐩𝐞𝐦𝐛𝐞𝐥𝐢𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐝𝐢𝐫𝐞𝐤𝐨𝐝 𝐝𝐚𝐧 𝐚𝐝𝐚 𝐜𝐚𝐰𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐬𝐮𝐤𝐚𝐫 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐝𝐢𝐬𝐞𝐦𝐚𝐤.

Dengan TempahTrack, staf boleh ambil gambar resit dan simpan rekod pembelian dengan lebih teratur. Owner juga lebih mudah melihat rekod setiap cawangan tanpa perlu mencari fail atau bertanya satu demi satu.

Apabila setiap cawangan mempunyai rekod yang lebih tersusun, owner tidak perlu bergantung sepenuhnya kepada ingatan atau laporan secara lisan. Semua maklumat penting lebih mudah dirujuk apabila mahu membuat semakan atau berbincang dengan staf.

Bila rekod kemas, urusan memantau cawangan pun jadi lebih mudah.