Your basket is currently empty!

𝐀𝐦𝐛𝐢𝐥 𝐠𝐚𝐦𝐛𝐚𝐫, 𝐬𝐢𝐦𝐩𝐚𝐧 𝐭𝐞𝐫𝐮𝐬 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐓𝐞𝐦𝐩𝐚𝐡𝐓𝐫𝐚𝐜𝐤
Resit kecil memang mudah hilang. Ada yang tertinggal dalam poket, terselit dalam beg, terkena air atau dibuang tanpa sengaja. Bila tiba masa nak semak perbelanjaan bisnes, barulah rasa susah sebab rekod pembelian tidak lengkap.
Dengan TempahTrack, anda boleh ambil gambar resit sebaik sahaja membuat pembelian dan simpan terus dalam sistem. Tak perlu lagi kumpulkan resit kertas dalam fail atau cari satu-satu bila diperlukan.
𝐀𝐧𝐭𝐚𝐫𝐚 𝐦𝐚𝐧𝐟𝐚𝐚𝐭 𝐬𝐢𝐦𝐩𝐚𝐧 𝐫𝐞𝐬𝐢𝐭 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐓𝐞𝐦𝐩𝐚𝐡𝐓𝐫𝐚𝐜𝐤:
1️⃣ Resit lebih mudah dicari semula
2️⃣ Rekod pembelian tersimpan dengan lebih kemas
3️⃣ Senang semak perbelanjaan stok, barang dan urusan bisnes
4️⃣ Kurangkan risiko resit hilang atau rosak
5️⃣ Mudah rujuk rekod bila mahu semak akaun atau aliran tunai
Bila rekod resit disimpan secara konsisten, lebih mudah untuk tahu bisnes banyak berbelanja pada apa dan mengawal kos dari semasa ke semasa.



