Your basket is currently empty!
Review pelanggan kini menjadi faktor utama dalam kejayaan atau kegagalan perniagaan. Dengan kebanyakan pengguna bergantung pada ulasan sebelum membeli, bisnes yang mengabaikan aspek ini berisiko kehilangan pelanggan.
Mempengaruhi Keputusan Pembelian
Lebih 90% pelanggan membaca review sebelum membeli. Ulasan positif meningkatkan keyakinan, manakala review negatif boleh menyebabkan mereka memilih pesaing.
Meningkatkan Kepercayaan
Pelanggan lebih percaya kepada pengalaman pengguna lain berbanding iklan. Review yang baik membina kredibiliti dan menarik lebih ramai pembeli.
Memberi Kesan kepada Reputasi
Review negatif boleh merosakkan imej bisnes jika tidak ditangani dengan baik. Tindak balas profesional terhadap maklum balas pelanggan boleh membantu memulihkan kepercayaan.
Mempengaruhi Jualan
Bisnes dengan rating tinggi lebih mudah menarik pelanggan. Peningkatan satu bintang dalam review boleh meningkatkan pendapatan sehingga 9%.
Kesan kepada Carian Google
Google mengutamakan bisnes dengan banyak review positif dalam hasil carian, memberi kelebihan dari segi pendedahan dan kepercayaan pelanggan.
Review pelanggan bukan sekadar pendapat, tetapi aset penting yang boleh menentukan kejayaan bisnes. Adakah anda sudah mengurus review dengan baik?
Sumber dari : https://www.facebook.com/photo?fbid=122160941870363792&set=a.122097929696363792